mY lOvE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 2, 2012

T'rAsE d'Atie

errmmm...sangat-sangat kecik atie dengan suami sendiri bila melebihkan hal laen berbanding diri ini...dia selalu macm tu,aku dah cukup-cukup bersabar dengan sikap dia camtu,aku tahu mmg aku indepndent but yet i still need your opinion...aku dah ase cukup-cukup la...aku dah malas nk ambik tahu,kekadang aku rase dia lebih memetingkan diri sendiri lak..sekarng mne ada nak telefon,msj..sumer dah xada..betul la org ckp once someone tu dah dpt kita dia xkn jadi mcm time bercinta dlu lg...dah terlampau byk bnda yang aku kecik atie n dia...nape dia xnk phm aku ek..dia asyik nasihat aku suh berubah tapi dia ada berubah xada kn...aku dah betul2 down dengan dia..aku dah malas nk ambik tahu...aku jgak dah malas nk tlng settlekn hal dia...biarla dia dengan cara dia sendiri...janji dia bahagia dengan ape yang dia buat...semoga Tuhan terus memberi aku kekuatan dalam diri aku menghadapi hari-hari mendatang..mmg org ckp ni br hal kecil..tapi bila hal kecil tidak diendahkan ia akan membesar dan terus membesar...terlampau berat di dada menahan pilu bila diperlakukan oleh org yang tersayang..kita terlampau nk bg yang terbaik buat dia..tapi dia?dalam hati dia?perasaan dia?perlakuan dia?ada dia pk semua tu...ada dia pk macm aku pk...ermmm semoga hari mendatang aku lebih tabah Ya Allah....

kesilapan mendidik anak

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa


1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:

Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kesilapan kesebelas:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas:

Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Adab Berdoa

angkat tangan ke paras dada


2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) "apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ?

Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama 'har hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya. jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wednesday, August 1, 2012

padamu aku berserah

Ya Allah Ya Tuhanku Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...Ya Allah kurniakanlah hambamu yang lemah ini rezeki zuriat Ya Allah...hanya pada engkau aku berserah nasibku Ya Allah...Tuhanku betapa engkau maha mengetahui isis hatiku yang begitu dambakan zuriat didalam rumah tanggaku Ya Allah...Kau kurniakan lah zuriat yang soleh dan solehah Ya Allah hanya padamu aku berserah...betapa kau inginkn zuriat dan aku xkan berhenti berusaha,mungkin terlalu byk dosa-dosaku dimasa lalu,xpon ini ujian hebat darimu Ya Allah buat aku..kekedang aku lemah jua Allah mengjadapi ujian ini...rasenya tidak lengkap kehidupanku tanpa zuriat bersama suamiku...daku tahu betapa suamiku terlalu dambakan zuriat didalam rumah tangga ini Ya Allah...Amin..Amin....